Saturday, March 17, 2007
hellew
Peeps,check it out....it's good.......insyaAllah :)Assalamu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh. . semua...10 Wasiat Imam SyafieSEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepadapara muridnya dan umat Islam seluruhnya.
Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makahendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan danberpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUTIaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkankemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati danmerasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBURIaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencingmerata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yangdizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIRIaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihatmenasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dansanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARIAKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantuorang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokakhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.WIaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantungkepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalammencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWTIaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia darikemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dankita dapat bersama-sama mengamalkannya.
" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurusdi jalan Mu...Amin.."
<< Home