Wednesday, February 14, 2007

Part 2

Guys!! remember i told u about those who lengah2 their solat or solat pada akhir waktu w/o valid reasons? well correction...it's suppose to be AL-MAUN!!!! Do read on this..

Surah:
1Araayta allathee yukaththibu bialddeeni
-Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
2Fathalika allathee yaduAAAAu alyateema
-Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
3Wala yahuddu AAala taAAami almiskeeni
-Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
4Fawaylun lilmusalleena
-(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang;
5Allatheena hum AAan salatihim sahoona
-(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
6Allatheena hum yuraoona
-(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
7WayamnaAAoona almaAAoona
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

Yes, in short, this surah is telling us not to lalai biler menyempurnakan solat, iaitu dun delay...always give...jgn zalim kat yatim dan digalak memberi makanan kpd fakir miskin.

ok now the story..ehm ehm..haha..surah an-nas da al-falaq diturunkan apabila Nabi saw disihir oleh seorg yahudi bernama Labid bin al-A'som sebagaimana diriwayatkan di dlm hadith sahih Bukhari dan Muslim daripada 'Aisyah. Dia telah menyihir Baginda dlm sebuah perigi di Qasr al Tol'l. Di situ terdapat gumpalan rambut Baginda yg gugur selepas disikat dan gigi sisir, serta tali busuh panah yg disimpulkan dgn sebelas simpulan yg dicucuk ngan jarum. Lalu Allah s.w.t. menurunkan 2 surah ini. Allah s.w.t. ditakdirkan setiap kali dibacakan satu ayat, terungkailah satu simpulan. Baginda mendapati dirinya semakin ringan sehingga terungkai simpulan terakhir, lantas Baginda bangkit dan diri dengan tangkas bagaikan Baginda telah terlepas dari rasukan.

So in other words, surah al-falaq dan surah an-nas is like surah perlindungan..not to forget surah al-ikhlas...walla wa' lam..

Lastly, may i take this opportunity to doa for my frens out there, brothers and sisters of islam..Ya Allah, yg maha Pengasih lagi maha Penyayang, ampunilah dosa2 mereka dan keluarga2 mereka, jauhilah mereka dari godaan syaitan dan kejahatan makhluk2 lain, murahkanlah rezeki mereka dan tunjuk kan lah jln yg betul bagi mereka...bukla pintu hati mereka untuk senantiasa beribadah kpdmu, ya Allah...Ya Allah, tidak terlupe, rahmatkan lah roh2 yg ter kembali kpd mu Ya Allah..jauhilah mereka dari azab api neraka yg dasyhat...Berkatila kawan2 ku dan muliakan hidup mereka di dunia yg fana ini serta di akhirat kelak...Ameen
Salaam.
mohd faris fong :)